Assalamualaikum buat sahabat semua yang berada di Malaysia dan UK khususnya di Lancaster. Blog ini dilahirkan kerana majlis ilmu yang diadakan 2 kali sebulan di Lancaster. Semoga blog ini menjadi taman kepada taman ilmu dalam menambah keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Sesungguhnya perjalanan diatas dunia ini singkat dan pendek. Ruang –ruang yang ada kita isikan dengan mencari keredaan Allah. Apa jua kita lakukan, biarlah dia berlandaskan kepada ajaran Islam yang sebenar. Biarlah kehidupan kita di pandu oleh Al-Quran dan sunnah, bukan nasfu yang selalu menipu dan didorong dengan bisikan syaitan. Jalan yang kita pilih ialah jalan kearah mencari redhaan Allah bukan jalan yang disukai oleh manusia. Kesukaan manusia hanya di mata sahaja bukan di hati kecuali keikhlasan. Blog ini bukan yang terbaik dan sempurna, yang sempurna adalah Allah dan yang terbaik kitab dan hadis rasulullah Segala teguran dan pandangan yang membina iman dan ketakwaan kepada Allah amat-amat dialu-alukan, jazakallah khasiran